Wednesday 15 November 2017

Inforex Majalah Nona


Sesiapa yang mengenali saya pasti tidak percaya jika dikatakan saya seorang yang amat pemalu. Jawatan dan tugas saya di pejabat yang memerlukan saya berurusan dengan orang ramai menjadikan saya mengenepikan perasaan malu yang menebal. Saya perlu tamil dengan yakin dan bersahaja dalam setiap mesyuarat atau perjumpaan rasmi walaupun hakikatnya saya sebenarnya membawa personaliti disebaliknya. Jika diberi pilihan, saya lebih suka mendiamkan diri dan menjadi pendengar. Salam dan huluran tangan dari majalah NONA untuk menampilkan dekorasi rumah berserta gaya hidup saya, menjadikan saya teruja dan pada masa yang sama merasa amat segan. Teruja kerana gambar kediaman akan menghiasi majalah kesayangan dan segan kerana gaya hidup saya juga ingin dicoretkan. Lebih mengembirakan setelah dimaklumkan bahawa Azrinaz Mazhar Hakim akan menjadi penghias mukadepan majalah. Azrinaz adalah antara wanita idola saya terutama dalam bab fesyen. Tidak dinafikan sejak remaja, saya menyukai kehidupan yang glamour, hahaha walaupun saya tidak glamour. Saya meminati personaliti personaliti terkenal dan kaya raya sebagai idola dan mentor. Itu adalah antara sebab kenapa saya tidak pernah ketinggalan membeli majalah NONA setiap bulan sejak berpuluh tahun lamanya. Saya sukakan penampilan mewah yang dipaparkan dan juga gambar yang cantik dipersembahkan dengan berseni sekali. Pendek kata majalah NONA mempunyai kelas tersendiri di dalam masyarakat di Malásia Walaupun di pandangan mata ramai saya mungkin dilihat simples sahaja tetapi hakikatnya saya mempunyai citarasa yang unik dan mungkin dalam kategori pelik. Bukan ingin membangga tetapi itulah diri saya yang sebenarnya. Mungkin terbawa bawa angan angan sejak zaman remaja untuk berkecimpung di dalam bidang glamour, agaknya. Saya mementingkan sesuatu yang berjenama kerana menganggap barangan berjenama mempunyai kelas dan kualiti tersendiri. Semasa masih belajar lagi, saya tidak akan membeli sesuatu yang walaupun pada mulanya saya berkenan dan lihat sebagai cantik selepas melihat harganya. Kerana mementingkan jenama, saya sanggup untuk menunggu sehingga bertahun tahun untuk mendapat apa yang dihajati. Kini, saya perhatikan anak anak dara saya juga mula mengikut citarasa saya ini. Aduhaaii. Apa apa chalaça, saya sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana banyak yang saya impikan dalam hidup ini, telah menjadi kenyataan dengan usaha dan titik peluh kami sendiri. Tanpa saya sendiri menyangka semua ini, maklum saya bukan berasal dari keluarga yang senang apalagi mewah. Apa yang ada, hanyalah cita cita yang tinggi menggunung untuk memiliki seperti apa yang diimpikan por ramai wanita berjaya lain dan berusaha untuk memilikinya. Kekuatan ini saya kaitkan dengan diri saya sebagai wanita Kelantan yang kental dan tidak pernah mengenal erti jemu. Hampir langgar Boeing 737, Harrison Ford disiasat PENTADBIRAN Penerbangan Persekutuan (FAA) menyiasat pelakon veterano Hollywood, Harrison Ford selepas selebriti tersebut hampir melanggar sebuah pesawat Boeing 737 ketika Mahu mendaratkan pesawat ringannya. Sup Barli Bersama Cendawan Shitake Barli memang baik untuk kesihatan kerana ia cukup kaya dengan zat besi, serat, vitamina B1 dan B3, magnesium dan fosforus. Selain air barli baik untuk menyejukkan badan, ia juga baik untuk merendahkan kolestrol dalam darah. Tanam Sayur Dapat Ikan Juga-Sumber Makanan Lengkap Buat Seisi Keluarga Apa itu akuaponik Apabila akuakultur (menternak ikan) dan hydroponik (penanaman tanpa tanah) digabungkan untuk membentuk sebuah sistem bersepadu, maka terhasil lah gabungan nama akuaponik. Sisa dari kolam ikan menyediakan suco makanan organik untuk tumbuhan yang terdapat di dalam sistem di samping berfungsi sebagai penapis bio untuk air dari kolam ikan tersebut. 2 Anak Dah Meninggal, Kini Aqif Pula Derita Netizen Tolonglah Viralkan Untuk Dapatkan Sumbangan Ya Allah hebatnya ujian wanita yang bernama Umi Umeera. Dua anaknya sudah pergi menghadap Ilahi akibat Penyakit kulit rapuh (Epirdemolysis Bullosa). Kini anak yang ketiga pula sedang menderita penyakit yang sama. Pernah tidak anda mengalami situasi di mana ketika sedang khusyuk bersembahyang, kain yang diikat terlondeh. Rasa macam nak tarik terus ke atas dan mengikatnya. Apabila Nikah Menjadi Mahal, Maka Zina Semakin Murah Bila memikirkan belanjawan bagi majlis majlis perkahwinan yang besar menyebabkan harga mendirikan rumah tangga menjadi telalu mahal. Justeru tidak hairanlah kini zina semakin murah. Chocolate Hills - Permata Ajaib Filipina Menjejakkan kaki ke tempat dikategorikan sebagai antara tujuh keajaiban alam di dunia, umpama melihat selautan bongkah-bongkah kon, malah mungkin ada yang tidak tahu langsung akan kewujudan sebuah daerah unik yang terletak de kepulauan Bohol, Filipina (Jóia do Filipinas). Terdiri daripada 1,776 bukit batu kapur kecil terhasil daripada pembentukan geologi menakjubkan, ia menjadi daya tarikan utama pelancong ke sini.

No comments:

Post a Comment